Thursday, March 17, 2011

Definisi Kreativiti

Konsep kreativiti secara umum dapat disimpulkan sebagai :

1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.


  • Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.


  •  Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.

  • Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak

  • Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994)

  •  Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

  • Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti

  • Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.
  • Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).

  • Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.


  • Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

Friday, March 11, 2011

Unsur seni

Garisan - satu siri titik-titik yang bersambung

Jalinan - sifat permukaan objek yang boleh dikesan secara tampak @ sentuh
           - fungsi jalinan
  • sebagai keselamatan & penyamaran : buaya, cicak, iguana
  • sebagai pencengkam : tayar kereta, tapak tangan haiwan
  • sebagai hiasan : tekstil, alas meja, hiasan dinding
  • untuk mewujudkan ruang cetek, datar, dalam : catan, landskap, lukisan interior
Rupa - dihasilkan apabila titik mula bertemu titik penghujung

Bentuk - objek dilukis dalam bentuk 3 dimensi @ konkrit dan ilusi

Warna - kesan cahaya yang dipantulkan oleh pigmen tertentu dengan gelombang cahaya tertentu yang berbeza mengikut warna yang diwakilinya
  • additive - digunakan pada paparan skrin=campuran warna oleh cahaya
  • subtractive - digunakan oleh media cetak=campuran warna oleh dakwat

Friday, March 4, 2011

Peranan Seni Visual

Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari 2 aspek yang utama iaitu PSIKOLOGI dan SOSIOLOGI

1. Peranan psikologi
- Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

  • Sensitiviti - Kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan, sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati )
  • Emosi - Keupayaan melahirkan idea, rasa hati, membuat pertimbangan dan pernyataan diri. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapka sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
  • Kreativiti - Boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubahdan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik. Individu ini sensitif kepada masalah sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan.Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
  • Ekspresi - Tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar' memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu, dapat memberikan individu berkomunikasi idea, perasan dan emosi
2.  Peranan sosiologi
- Peranan SV dalam membentukdan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat )

  • Nasionalisme - Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkitkan nilai, semangat dan perasaan melalui SV. pembelajaran SV, aktiviti da apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara. Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara ( arca ) dan juga potret-potret pemimpin negara.
  • Persekitaran - Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sensitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contoh karya ialah, Rumah Rakit-Kuala Lipis karya Peter Haris dan Waktu Pagi di Kampung karya Lai Foong Mooi, reka bentuk landskap dan hiasan dalaman.
  • Propaganda - SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan. Contohnya, Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.
  • Ritual/Upacara - SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3 dimensi atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
  • Spiritual - SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara karya Patrick Ng Kah Onn
  • Pengeluaran - Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya, penghasilan batik dan songket.
  • Pemujukan - Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
  • Perniagaan dan perdagangan - Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

    Pengkelasan Seni Visual

    1. Pengkaryaan
    • Penghasilan seni halus dalam bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi
    • Menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang menggunakan bantuan teknologi
    • Contoh : lukisan, catan, seni cetak dan arca
    2. Perekaan
    • Penghasilan 2 dimensi dan 3 dimensi yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi
    • Contoh : grafik dan multimedia ( komunikasi visual ), reka bentuk teknologi seperti rekaan industri ( automobil, logam halus, tekstil, dll ), reka bentuk persekitaran seperti hiasan dalaman dan seni landskap

    Tuesday, March 1, 2011

    Gaya Penampilan...

    1. Realistik - karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal.

    2.Separa abstrak - mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.

    3. Abstrak - karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami, dikenali sebagai mujarad, niskala, kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol, bentuk dan warna.

    iconography

    Iconography is the branch of art history which studies the identification, description, and the interpretation of the content of images. The word iconography literally means "image writing", and comes from the Greek εἰκών "image" and γράφειν "to write". A secondary meaning is the painting of icons in the Byzantine and Orthodox Christian tradition. Still in art history, an iconography may also mean a particular depiction of a subject in terms of the content of the image, such as the number of figures used, their placing and gestures. The term is also used in many academic fields other than art history, for example semiotics and media studies, and in general usage, for the content of images, the typical depiction in images of a subject, and related senses. Sometimes distinctions have been made between Iconology and Iconography, although the definitions and so the distinction made varies.