Saturday, April 9, 2011

Lukisan menggunakan garisan silang pangkah / cross hatching menggunakan media arang.




 Karya aku, STPM 2009...tema waja...kuda melambangkan semangat waja...kuda digunakan dalam peperangan, digunakan sebagai pengangkutan, juga digunakan dalam sukan seperti lumba kuda dan polo.
 Karya Akhir PSV STPM 2009

Friday, April 8, 2011


Maksud Peta Minda
·         Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat.
Konsep Peta Minda
·         Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya
·         Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat.
·         Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputar
·         Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya
·         Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif
·         Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat
·         Penyelidikan- Otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting
·         Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear
·         Cara linear

_____________                  ______________
______________                ______________
______________                ______________
______________                ______________
______________                ______________ 

Kegunaan Peta Minda
·         Menyampaikan persembahan
·         Mengambil nota semasa ceramah, kuliah
·         Daya ingatan meningkat 50%
·         Membuat perancangan-dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku , kuliah, mesyuarat dll

Kebaikan Peta Minda
·         Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
·         Tingkatkan daya ingatan
·         Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
·         Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
·         Penyelidikan- Semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan dalam ingatan, peta minda sebagai kunci membuka pintu ingatan
·         Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran-semua anggota bersedia dan terlibat
·         Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan- ia ringkas, memberi makna yang nyata dan tersirat

Thursday, April 7, 2011



Penterjemahan Idea

a.      Permasalahan Visual

Proses pembentukan idea sebagai satu representasi mental yang menjadi isi pemikiran bermula dengan aktiviti berfikir. Ini bermaksud bahawa seseorang penterjemah itu perlu bergantung kepada pemikirannya yang ada, walaupun seberapa minimum, bagi menjayakan visualisasinya. Sebenarnya, idea itu sendiri lahir daripada setiap pemasalahan yang dihadapi oleh seseorang. Tanpa permasalahan, mustahil idea itu akan dicetuskan. Contohnya, dalam perekaan reka bentuk industry, pengangkutan dan alat komunikasi.

b.      Penzahiran Idea

Penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail, lakaran kasar dan lakaran sebenar dan model. Aktiviti ini melibatkan penyelidikan dan sumber rujukan yang menjadi panduan bagi meneruskan tugasan atau projek. Teknik penzahiran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Terdapat 3 kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan emosi atau intelek iaitu imitasi, idealisasi, stailisasi dan abstraksi.

c.       Pemilihan Bahan dan Teknik

Proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan melibatkan kedua-dua aspek pemilihan bahan dan teknik. Soal teknik merangkumi bahan dan penggubalan bahan melalui berbagai pendekatan dan peralatan. Dalam konteks penghasilan seni, di samping pengolahan idea, teknik dan bahan disesuaikan dalam membentuk dan merealisasikan stail dalam karya atau rekaan.

Pengkarya memang sentiasa mencari dan meneroka teknik dan media baru untuk menyatakan responnya terhadap emosi dalaman dan juga dunia luaran dalam berkarya. Sebagai contoh, bahan-bahan seperti resin, akrilik malah computer telah digunakan dalam bidang seni lukis dan senireka. Begitu juga bahan sintetik yang baru, telah dapat menyediakan seniman dengan satu pilihan baru untuk mendapatkan berbagai kesan yang menarik dan menakjubkan dalam pengkaryaan seni.

d.      Penghasilan Karya Sebenar

Penghasilan karya adalah mengikut disiplin pengkaryaan dan prosedur penyediaan seperti pengolahan dan gubahan, teknik, langkah-langkah penghasilan dan kemasan.

e.       Kemasan

Memastikan portfolio dan hasil karya dalam keadaan lengkap dan sempurna dengan maklumat dan isi kandungan disusun mengikut urutan.

Contoh kemasan hasil karya arca – (kekukuhan, kestabilan, cara persembahan, kebersihan, kesesuaian bahan / rekabentuk / tapak dan kesesuaian teknik )

f.       Persembahan dan Penilaian

                                i.            Penentuan bentuk penilaian SV adalah berdasarkan
·         Hasrat, matlamat dan objektif mata pelajaran
·         Penekanan dan pembaharuan
·         Skop kandungan mata pelajaran

                              ii.            Aspek yang dinilai
·         Pengetahuan (kognitif)
Merangkumi pengetahuan dalam :
1.      Unsur seni, prinsip dan struktur rekaan
2.      Penggunaan alat, teknologi bahan, teknik, bentuk gubahan serta kekemasan
3.      Pemahaman dan penghargaan.
·         Kemahiran (psikomotor)
Merangkumi kemahiran dalam proses dan hasil kerja mengikut urutan
·         Nilai (afektif)
Penilaian dalam aspek ini adalah melalui pemerhatian sikap dan perlakuan pelajar yang direkod. (Contohnya, baik hati, berdikari, rajin, kerjasama, kreatif, inovatif, iltizam, rasional, bersih dan lain-lain sifat yang positif)


*      Bagi bidang dan gerak kerja lain, guru bolehlah memikirkan aspek dan criteria yang bersesuaian untuk dibuat penilaian.

 


TEORI PENGHASILAN

A) Pembentukan Idea
Definisi idea ialah sumber inspirasi yang tercetus dari pemikiran seseorang pengkarya dan pereka. Idea berupa buah fikiran yang terhasil dari cetusan, pemerhatian, pengamatan, gabungan pengalaman dan peristiwa secara bernas.

Mengikut Frank Cheatham, Jane Cheatham dan Sheryl Haler (1983), pengertian idea dapat dipecahkan kepada beberapa unsur asasnya yang boleh di analisis secara berasingan. Dengan demikian, pengertian idea dapat diberi interpretasi bagi melihat kaedah yang terbabit melibatkan unsur aktiviti dan penglibatannya.

Unsur-unsur yang terapat dalam idea ialah awareness (kepercayaan), interpretasi (menterjemah), penerokaan dan penggarapan. Kesemua unsur ini mempunyai peranan penting dalam proses pengkaryaan dan rekacipta. Kemampuan manusia berfikir membolehkan ia mencari perkara atau isi kepada pemikirannya.

Menurut American heritage dictionary, idea ialah
  • Satu arketaip, iaitu keperihalan yang paling asasi bagi sesuatu perkara
  • Representasi mental yang membentuk objek pemikiran
  • Rangka, pelan, skim atau kaedah
  • Intisari kepada situasi tertentu yang berkaitan
1.  Peranan idea dalam seni
    Andaian seni ialah satu bahasa untuk komunikasi, sama ada pengertiannya melibatkan peringkat peribadi mahupun sosial. Idea menyatakan hasrat lantas menjadi dasar kepada komunikasi. "Kuat idea maka kuatlah daya komunikasi".

    Pembentukan idea sebagai satu representasi mental membentuk objek pemikiran bermula dengan fikiran, jadi walaupun peranan seniman berorientasikan visual tetapi proses visualisasi hanya diperolehi melalui himpunan pemikiran yang ada. Ringkasnya, visualisasi adalah hasil dari idea dan bukan idea itu sendiri (peniruan).

    2. Pendekatan menjana idea

    Oleh kerana idea adalah butir pemikiran, yang dihimpun dari daya pemikiran seseorang, kesan dari berbagai tahap penglibatan psikologi iaitu persepsi, emosi dan intelektual. Kandungan maklumat secara umumnya dikategorikan kepada empat jenis data iaitu data factual, data emosional, data pengalaman dan data khusus.

    i. Data factual - berkaitan dengan pengetahuan yang tumbuh dan disokong oleh bukti realiti sebagai satu   bidang keilmuan seperti ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lain.

    ii. Data emosional - terdiri dari butiran maklumat yang langsung diperolehi melalui pengalaman rasa dan perasaan seperti marah, ceria, sakit, sensitif dan sebagainya.

    iii. Data pengalaman - Membabitkan kesemua unsur pengalaman yang diperolehi melalui peristiwa dalam hidup seperti dalam hidup seperti kemerdekaan, kepimpinan, keyakinan dan lain-lain. Kategori ini merangkumi juga kemahiran yang terbentuk melalui pemerhatian dan pengulangan.

    iv. Data khusus - Merujuk kepada kumpulan pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu dan keahlian seseorang. Contohnya ilmu reka bentuk adalah sejenis maklumat bercirikan data khusus.

    Maklumat dalam setiap kategori di atas, boleh disebut melalui 2 sumber utama iaitu :
    - Yang datang dari ilmu yang sedia tersimpan di dalam minda. Maklumat ini boleh terus diaktif dan digunakan untuk tujuan yang berkaitan.
    - Yang diperolehi dapat diperkukuhkan dan diperkayakan maklumat yang sedia ada melalui penyelidikan. Penyelidikan boleh dibuat dalam berbagai cara seperti mengenal, meneliti dan membuktikan sesuatu maklumatyang menjadi persoalan. Semua usaha-usaha ini boleh menjadi saluran kepada proses penjanaan idea.

    B) Sumber Idea
    Proses menjana idea adalah bermacam dan boleh berlaku dalam berbagai cara dalam usaha dan proses berkarya, idea boleh dihidupkan melalui berbagai kaedah dengan membuat rujukan dari berbilang sumber. Menurut Buckner (1995), menyenaraikan hanya 4 kategori sumber idea iaitu sejarah, persekitaran, eksperimental dan individu. Namun begitu, kita boleh kembangkan sumber idea kepada 8 kategori iaitu :

    1. Homages - Dorongan dari semangat ketuhanan / pendewaan / idola / ikononogi.
    2. Media massa - Zaman maklumat
    3. Pemerhatian - Persepsi dan ilusi, alam benda.
    4. Persekitaran - Alam semulajadi dan alam buatan manusia.
    5. Peristiwa - Mitos, sejarah, semasa dan exotic.
    6. Imaginasi - Alam pribadi, mistik.
    7. Pengalaman - Kesan sensitiviti terhadap apa yang dialaminya sama ada dari persekitaran diri mahupun alam sekeliling. Dinukil dan dihidupkan dengan berbagai kesedaran baru tentang ciri masyarakat kita.
    8. Imbauan (reflection) - mimpi, ingatan lampau / pahit / manis dan sebagainya untuk dirakam.