Thursday, April 7, 2011



Penterjemahan Idea

a.      Permasalahan Visual

Proses pembentukan idea sebagai satu representasi mental yang menjadi isi pemikiran bermula dengan aktiviti berfikir. Ini bermaksud bahawa seseorang penterjemah itu perlu bergantung kepada pemikirannya yang ada, walaupun seberapa minimum, bagi menjayakan visualisasinya. Sebenarnya, idea itu sendiri lahir daripada setiap pemasalahan yang dihadapi oleh seseorang. Tanpa permasalahan, mustahil idea itu akan dicetuskan. Contohnya, dalam perekaan reka bentuk industry, pengangkutan dan alat komunikasi.

b.      Penzahiran Idea

Penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail, lakaran kasar dan lakaran sebenar dan model. Aktiviti ini melibatkan penyelidikan dan sumber rujukan yang menjadi panduan bagi meneruskan tugasan atau projek. Teknik penzahiran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Terdapat 3 kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan emosi atau intelek iaitu imitasi, idealisasi, stailisasi dan abstraksi.

c.       Pemilihan Bahan dan Teknik

Proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan melibatkan kedua-dua aspek pemilihan bahan dan teknik. Soal teknik merangkumi bahan dan penggubalan bahan melalui berbagai pendekatan dan peralatan. Dalam konteks penghasilan seni, di samping pengolahan idea, teknik dan bahan disesuaikan dalam membentuk dan merealisasikan stail dalam karya atau rekaan.

Pengkarya memang sentiasa mencari dan meneroka teknik dan media baru untuk menyatakan responnya terhadap emosi dalaman dan juga dunia luaran dalam berkarya. Sebagai contoh, bahan-bahan seperti resin, akrilik malah computer telah digunakan dalam bidang seni lukis dan senireka. Begitu juga bahan sintetik yang baru, telah dapat menyediakan seniman dengan satu pilihan baru untuk mendapatkan berbagai kesan yang menarik dan menakjubkan dalam pengkaryaan seni.

d.      Penghasilan Karya Sebenar

Penghasilan karya adalah mengikut disiplin pengkaryaan dan prosedur penyediaan seperti pengolahan dan gubahan, teknik, langkah-langkah penghasilan dan kemasan.

e.       Kemasan

Memastikan portfolio dan hasil karya dalam keadaan lengkap dan sempurna dengan maklumat dan isi kandungan disusun mengikut urutan.

Contoh kemasan hasil karya arca – (kekukuhan, kestabilan, cara persembahan, kebersihan, kesesuaian bahan / rekabentuk / tapak dan kesesuaian teknik )

f.       Persembahan dan Penilaian

                                i.            Penentuan bentuk penilaian SV adalah berdasarkan
·         Hasrat, matlamat dan objektif mata pelajaran
·         Penekanan dan pembaharuan
·         Skop kandungan mata pelajaran

                              ii.            Aspek yang dinilai
·         Pengetahuan (kognitif)
Merangkumi pengetahuan dalam :
1.      Unsur seni, prinsip dan struktur rekaan
2.      Penggunaan alat, teknologi bahan, teknik, bentuk gubahan serta kekemasan
3.      Pemahaman dan penghargaan.
·         Kemahiran (psikomotor)
Merangkumi kemahiran dalam proses dan hasil kerja mengikut urutan
·         Nilai (afektif)
Penilaian dalam aspek ini adalah melalui pemerhatian sikap dan perlakuan pelajar yang direkod. (Contohnya, baik hati, berdikari, rajin, kerjasama, kreatif, inovatif, iltizam, rasional, bersih dan lain-lain sifat yang positif)


*      Bagi bidang dan gerak kerja lain, guru bolehlah memikirkan aspek dan criteria yang bersesuaian untuk dibuat penilaian.

 


No comments:

Post a Comment