Definisi idea ialah sumber inspirasi yang tercetus dari pemikiran seseorang pengkarya dan pereka. Idea berupa buah fikiran yang terhasil dari cetusan, pemerhatian, pengamatan, gabungan pengalaman dan peristiwa secara bernas.
Mengikut Frank Cheatham, Jane Cheatham dan Sheryl Haler (1983), pengertian idea dapat dipecahkan kepada beberapa unsur asasnya yang boleh di analisis secara berasingan. Dengan demikian, pengertian idea dapat diberi interpretasi bagi melihat kaedah yang terbabit melibatkan unsur aktiviti dan penglibatannya.
Unsur-unsur yang terapat dalam idea ialah awareness (kepercayaan), interpretasi (menterjemah), penerokaan dan penggarapan. Kesemua unsur ini mempunyai peranan penting dalam proses pengkaryaan dan rekacipta. Kemampuan manusia berfikir membolehkan ia mencari perkara atau isi kepada pemikirannya.
Menurut American heritage dictionary, idea ialah
- Satu arketaip, iaitu keperihalan yang paling asasi bagi sesuatu perkara
- Representasi mental yang membentuk objek pemikiran
- Rangka, pelan, skim atau kaedah
- Intisari kepada situasi tertentu yang berkaitan
Pembentukan idea sebagai satu representasi mental membentuk objek pemikiran bermula dengan fikiran, jadi walaupun peranan seniman berorientasikan visual tetapi proses visualisasi hanya diperolehi melalui himpunan pemikiran yang ada. Ringkasnya, visualisasi adalah hasil dari idea dan bukan idea itu sendiri (peniruan).
2. Pendekatan menjana idea
Oleh kerana idea adalah butir pemikiran, yang dihimpun dari daya pemikiran seseorang, kesan dari berbagai tahap penglibatan psikologi iaitu persepsi, emosi dan intelektual. Kandungan maklumat secara umumnya dikategorikan kepada empat jenis data iaitu data factual, data emosional, data pengalaman dan data khusus.
i. Data factual - berkaitan dengan pengetahuan yang tumbuh dan disokong oleh bukti realiti sebagai satu bidang keilmuan seperti ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lain.
ii. Data emosional - terdiri dari butiran maklumat yang langsung diperolehi melalui pengalaman rasa dan perasaan seperti marah, ceria, sakit, sensitif dan sebagainya.
iii. Data pengalaman - Membabitkan kesemua unsur pengalaman yang diperolehi melalui peristiwa dalam hidup seperti dalam hidup seperti kemerdekaan, kepimpinan, keyakinan dan lain-lain. Kategori ini merangkumi juga kemahiran yang terbentuk melalui pemerhatian dan pengulangan.
iv. Data khusus - Merujuk kepada kumpulan pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu dan keahlian seseorang. Contohnya ilmu reka bentuk adalah sejenis maklumat bercirikan data khusus.
Maklumat dalam setiap kategori di atas, boleh disebut melalui 2 sumber utama iaitu :
- Yang datang dari ilmu yang sedia tersimpan di dalam minda. Maklumat ini boleh terus diaktif dan digunakan untuk tujuan yang berkaitan.
- Yang diperolehi dapat diperkukuhkan dan diperkayakan maklumat yang sedia ada melalui penyelidikan. Penyelidikan boleh dibuat dalam berbagai cara seperti mengenal, meneliti dan membuktikan sesuatu maklumatyang menjadi persoalan. Semua usaha-usaha ini boleh menjadi saluran kepada proses penjanaan idea.
B) Sumber Idea
Proses menjana idea adalah bermacam dan boleh berlaku dalam berbagai cara dalam usaha dan proses berkarya, idea boleh dihidupkan melalui berbagai kaedah dengan membuat rujukan dari berbilang sumber. Menurut Buckner (1995), menyenaraikan hanya 4 kategori sumber idea iaitu sejarah, persekitaran, eksperimental dan individu. Namun begitu, kita boleh kembangkan sumber idea kepada 8 kategori iaitu :
1. Homages - Dorongan dari semangat ketuhanan / pendewaan / idola / ikononogi.
2. Media massa - Zaman maklumat
3. Pemerhatian - Persepsi dan ilusi, alam benda.
4. Persekitaran - Alam semulajadi dan alam buatan manusia.
5. Peristiwa - Mitos, sejarah, semasa dan exotic.
6. Imaginasi - Alam pribadi, mistik.
7. Pengalaman - Kesan sensitiviti terhadap apa yang dialaminya sama ada dari persekitaran diri mahupun alam sekeliling. Dinukil dan dihidupkan dengan berbagai kesedaran baru tentang ciri masyarakat kita.
8. Imbauan (reflection) - mimpi, ingatan lampau / pahit / manis dan sebagainya untuk dirakam.
No comments:
Post a Comment